Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 11 Mac 2010

Sebelum pembinaan

just trai je ye, sifoo nak tgk tuh:D

Rabu, 10 Mac 2010

Pelan yang macamana ye???



Januari 2009 adalah bulan rasminya aku sibuk dengan urusan bakal rumahku nanti. Kami telah dibawa berjumpa dengan pelukis pelan di Batu 30, Machang. Abe Zul namanya. Ini kerana kami tidak bersetuju dengan pelan yg diberikan kontraktor.

Dia tidak menghalang jika kami mahu pelan yang lain. Begitu banyak pelan contoh yang ditunjukkan kepada kami hingga rabun mata dibuatnya. Antara yang banyak-banyak tu, ada satu yang agak sesuai dengan citarasa kami.


Masalah Pertama: Pelan yang macamana ye???









Itu la pelan asal pilihan kami setelah diberi pilihan untuk memilih/buat pelan mengikut citarasasa kami sendiri. Maaf la kalau kualiti gambarnya kurang memuaskan kerana hanya ambil guna telefon cap ayam je.



Namun aku tak bersetuju dengan pelan ini kerana kedudukan master bedroomnya agak terasing dari bilik anak-anak aku. lagi satu, kedudukan ruang keluarganya juga adalah hampir dengan ruang tamu. Jadi, atas 2 sebab itulah aku mula merancang membuat perubahan pelan mengikut citarasa aku sendiri. Setelah beberapa kali membuat perubahan dengan pelukis pelan dan berbincang dengan adik iparku, Ahmad Asri Abu Bakar, maka kami bersetuju untuk pelan baru itu. nanti aku uploadkan pelan pilihan aku itu.....

Bermulanya....

Aku sebenarnya tak bermimpi untuk memiliki rumah dalam jangkamasa terdekat ini atas masalah keewangan dan lokasi. Tapi, bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Dipendekkan cerita, pada penghujung bulan oktober 2008, aku menerima panggilan telefon dari wife aku yang menyatakan ada kontraktor nak jual tanah lot banglow bersama dengan rumah di area Lati, Pasir Mas.

So, Weekend tu kitaorang pun pegi la berjumpa dengan kontraktor tersebut dekat dengan Hospital Pasir Mas. Then, bila tengok lokasi tu, hati aku terus terpikat. Bila ditanya pasal upah buat tu buat kami sedikit terkejut, RM 100 per kaki persegi. Boleh tahan gak tuh......

Setelah berbincang, dalam masa 2 minggu kami ambil keputusan untuk menerima tawaran itu atas dasar 3 sebab...

  1. Lokasi yang menarik, dekat dengan
  • masjid
  • Sekolah
  • Hospital
  • Tadika
  • bandar baru Pasir Mas
2. Upah RM 100 tu adalah harga pasaran pada tahun 2009.

3. Keewangan kami dapat menampung perbelanjaan nanti (walaupun sedikit senak coz baru
amik kete)

Nanti aku akan ceritakan bagaimana kehidupan kami sedikit berubah selepas keputusan ini di buat........